Blogger Templates

Tuesday 27 September 2011

*Renungan*

-Manusia itulah pengarah dan pelakonnya,
-Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya,
-Malaikat itulah jurugambarnya,
-Islam itu jalan ceritanya,
-Kiamat itulah kesudahan pengambarannya,
-Padang masyhar tempat penganugerahannya,
-Rasulullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya,
-ALLAH S.W.T adalah hakimnya,
-Syurga atau Neraka adalah trofinya

*Motivasi Dari Dunia Misteri**

1. Belajarlah dari pontianak, seberat manapun masalah- dia tetap tertawa. Hihihi…..
2. Belajarlah dari toyol, kecil-kecil sudah pandai cari duit sendiri.
3. Belajarlah dari pocong, dari dulu pakaiannya simple jer… hidup Sederhana
4. Belajarlah dari jerangkung, berdikari……. datang tak dijemput, balik tidak dihantar..

TIPS-TIPS PENJAGAAN KOMPUTER


Elak guna laptop sekiranya rumah anda grounding tidak baik semasa guruh kilat. Boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pd komponen PSU (power supply unit) dan wired network card bahkan keseluruhan board dan komponen dalaman.




 Elak selalu format hard-disk secara low-level, mahupun full format, akan memendekkan jangka hayat hard disk. Guna quick format sebaiknya.



Elak guna bateri semasa bekalan elektrik dari plug tersedia. Namun, kebanyakkan notebook pada masa kini adalah auto disconnected sekiranya bekalan elektrik dari plug disambung.
  





Elak dari menutup ruang udara di bawah laptop. Boleh menyebabkan kepanasan pada komponen laptop yang menyumbang kepada masalah stabiliti (laptop terpadam sendiri dan sebagainya.) Elak menggunakan laptop pada tempat yang tertutup dan panas. 

  

Elak menggunakan plug cable yang berkongsi dengan peralatan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik tinggi, seperti peti ais, heater air, seterika dan sebagainya. Boleh memendekkan jangka hayat peralatan disebabkan arus elektrik yang tidak sekata. 


Gunakan kipas penyejuk tambahan bagi ruangan di bawah laptop sekiranya mampu. Ia sangat membantu pengaliran udara diruangan bawah laptop yg sangat terkesan dengan haba.


Hantar untuk servis bagi membuang habuk yang terlekat di celahan heat sink processor dalam skala setahun sekali. Vacuum tidak mampu membuang habuk sepenuhnya. Membuka casing laptop memerlukan ketelitian dan pengetahuan, jadi anda tidak digalakan untuk mencuba sendiri.



 Guna pembersih yang tidak menghakis untuk mencuci sebarang peralatan laptop. Gunakan kapas bagi membersihkan skrin LCD dengan pembersih skrin.
 
Guna berus cat yang masih belum digunakan dan masih lembut untuk membuang habuk di persekitaran skrin dan keyboard. Buang habuk yang melekat terutamanya di kipas process dan motherboard dengan memberus keluar perlahan2.




Pastikan laptop diceraikan dari bateri semasa dimasukkan kedalam beg. Mengelak dari kesan jangkamasa panjang hayat bateri dan mengelak kecurian.

 

Periksa kebocoran arus elektrik dengan menggunakan test-pen (boleh dibeli di mana2 kedai elektrik dan elektronik) dengan menyentuh test-pen pada casing / peralatan laptop. Sekiranya lampu test-pen bernyala, kebocoran elektrik wujud. Boleh mengakibatkan kerosakan komponent terutamanya laptop monitor dan motherboard. Periksa soket plug atau tukarkan soket baru. Jika menggunakan extension plug, gantikan dengan yang baru.



Beli / ganti peralatan komputer yang berkualiti. Barangan yang berkualiti adalah lebih tahan lama dan lebih efisyen. Kebiasaanya barangan berjenama dan berqualiti adalah mahal sedikit namun berbaloi untuk jangka masa yg lebih lama.



 Elak meninggalkan laptop di dalam kenderaan terlalu lama di kawasan yang panas.




Elak menggunakan wired network semasa kilat, terutama sekiranya tiada lightning protection bagi talian telefon dan elektrik. Boleh menyebabkan kerosakan pada modem dan network card.



 Elak menyerahkan laptop anda untuk dibaiki tanpa sebarang rekod salinan peralatan dan spesifikasi laptop anda yang sedia ada. Kecurian dari segi komponent mudah terjadi. Merugikan anda sekiranya berlaku tanpa anda ketahui.



Guna notebook lock bagi mengunci laptop di meja. Mengelak dari kecurian ketika anda tiada bersama laptop.



 Elak menyentuh skrin LCD dengan menggunakan jari atau peralatan tajam. Boleh mengakibatkan kerosakkan (death) pixel pada skrin.



Jangan mematikan (shutdown) laptop dengan terus mematikan switch plug atau dengan menekan butang on / off pd computer selama beberapa saat. Boleh mengakibatkan kehilangan / corrupted / bad sector pada hard disk / file. Juga memendekkan jangka hayat hard disk.



Elak dari menggunakan beg laptop yang nipis dan tidak mempunyai ketahanan. Mengelak dari retakan pada casing laptop atau sebarang kecacatan yang boleh terjadi.



 Jangan menggunakan terlalu banyak peralatan yang disambung pada port USB sekiranya tidak perlu. Setiap peralatan / hardware menggunakan peratusan tenaga (dalam unit Watt) yang boleh mengakibatkan kekurangan / bekalan power (Watt) tidak mencukupi bagi hardware lain. Mengakibatkan stabiliti terganggu dan sesetengah kes, boleh menyebabkan kepanasan melampau pada port USB yang boleh mengakibatkan kerosakan pada alat (seperti Pendrive)


 Sekiranya keyboard anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan dengan yang baru, beli soft-keyboard yang boleh digulung dan diperbuat daripada silikon. Mudah untuk digunakan dan amat selesa.



Sekiranya monitor anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan LCD baru, jadikan laptop tersebut sebagai PC dengan menyambung ke monitor luaran seperti LCD / CRT / Projektor.


Jika laptop berbunyi bising, hantar servis untuk membuang kotoran yang terlekat pada kipas atau heat sink laptop.



Jangan sesekali memasukkan DVD / VCD bersaiz kecil kedalam DVD / VCD player yang jenis auto insert and eject (slot-in type). Boleh merosakkan DVD / VCD player anda.

TIPS TEMUDUGA KERJA

Menghadiri temuduga kerja adalah perkara biasa bagi kalangan graduan lepasan ijazah, diploma, lepasan SPM, mahupun golongan yang sudah pun bekerja.
Jika diketepikan soal politik, kabel, dan talian hayat, apakah faktor utama kepada kejayaan sesebuah temuduga?

Kejayaan awal
Andaikan anda mendapat suatu panggilan temuduga bagi mengisi sesebuah jawatan kosong yang pernah anda pohon suatu ketika dahulu di sesebuah organisasi.
Apa yang harus anda lakukan? Setkan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat pertama mengejar karier. Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa minda.
Minda yang dapat disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan perjalanan temuduga yang akan dilalui ini.
Setkan bahawa:
Tanpa kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan.

Persiapan awal: Kajian
Sebaik mendapat surat temuduga, buat sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga.
Kaji latar belakang organisasi yang menawarkan temuduga jawatan kosong kepada anda. Apakah urusan utama organisasi tersebut, berapa lama ditubuhkan, saiz organisasi, kaitan organisasi dengan anda, dan sebagainya.
Buat kajian terperinci tentang jawatan yang ditawarkan. Kenapa jawatan itu diwujudkan, peranan utama jawatan, pengetahuan yang perlu ada untuk mengisi jawatan tersebut, dan mengapa anda rasa anda diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.
Kalau dapat, lihat berapa banyak kerusi yang ditawarkan untuk jawatan tersebut, serta berapa ramai calon yang dipanggil untuk temuduga jawatan tersebut.
Kaji juga sejauh mana anda sendiri memerlukan jawatan mahu pun organisasi tersebut. Sejauh mana ia bersesuaian dengan kelulusan anda, dan sejauh mana kelulusan anda bersesuaian dengan jawatan tersebut.
Sekiranya anda berasa selesa setelah menjalani kajian-kajian di atas, besarlah harapan anda untuk berjaya dalam temuduga itu nanti.
Sebaliknya jika anda rasa kurang selesa, cuba cari tawaran lain dan lupakan temuduga tersebut, melainkan anda memang terdesak untuk meneruskan kehidupan anda sehari hari.

Persiapan sebelum temuduga
Pada hari temuduga, bangun awal. Banyak perkara yang harus anda lakukan sebelum pergi ke tempat temuduga, dengan tenang dan tidak gopoh gapah.
Sebelum solat subuh, lakukan solat sunat hajat (lepas subuh tak boleh, masa tu tak boleh solat sunat dah). Minta supaya dipermudahkan urusan temuduga anda pada hari tersebut.

Tali leher bagi lelaki adalah wajib
Selepas mandi (jangan tak mandi pula), bagi lelaki, wajib memakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa sekalipun. Bagi perempuan, kenakan pakaian yang sopan dan semestinya menutup aurat.

No perfume, please!
Elakkan memakai bau-bauan atau sebarang perkara yang bermaksud untuk berwangi-wangian. Selain berdosa (bagi perempuan), bau-bauan ini boleh mengakibatkan markah anda ditolak seandainya penemuduga terhidu perfume anda sewaktu proses temuduga dijalankan.

Dapatkan gambaran isu semasa
Para remaja biasanya kurang berminat untuk mengetahui isu semasa, terutama bab politik dan ekonomi. Kerana ianya membosankan dan tidak seseronok tabloid Metro Harian.
Namun, untuk hari temuduga, korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Selepas bersarapan ala kadar, ambil masa baca suratkhabar atau dengar radio. Paling baik kalau dapat tonton dengan Buletin Pagi di TV3, sambil sarapan pun boleh dengar.
Kalau tak dapat tonton TV, baca suratkhabar utama seperti Berita Harian, Utusan, New Straits Times, The Star, dan sebagainya.
Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada.
Penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik.

Melangkah ke lokasi temuduga
Sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga.
Buatkan satu ‘check-list‘ ringkas supaya tiada yang tertinggal melainkan tapak kaki.
Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Aspek masa amat dititikberatkan dalam sesebuah program temuduga.
Setibanya anda di lokasi, tenangkan diri dan banyakkan doa tawakkal. Letakkan harapan anda pada Yang Maha Esa.:)

COMPUTER HARDWARE AND SOFTWARE


Hardware
Software
Types:
Motherboard, CPU, RAM, BIOS, power supply, video display controller, computer bus, CD-ROM drive, floppy disk, zip drive.
System software, Programming software, and Application software.
Examples:
CD-ROM, monitor, printer, video card, scanners , label makers, routers , and modems.
Quick books, Adobe Acrobat,, Internet Explorer , Microsoft Word , Microsoft Excel
Inter dependency:
Hardware starts functioning once software is loaded.
To deliver its set of instructions, Software is installed on hardware.
Definition:
Devices required to store and execute (or run) the software.
Collection of instructions that enables a user to interact with the computer. Software is a program that enables a computer to perform a specific task, as opposed to the physical components of the system (hardware).
Function:
Hardware serve as the delivery system for software solutions. The hardware of a computer is infrequently changed, in comparison with software and data, which are “soft” in the sense that they are readily created, modified, or erased on the computer
To perform the specific task you need to complete. Software is generally not needed to for the hardware to perform its basic level tasks such as turning on and responding to input.
Fault:
Hardware faults is physical.
Software faults are not.
Lifetime:
Hardware wears out over time.
Software does not wear out over time.
Failure:
Hardware failure is random. Hardware does have increasing failure at the last stage.
Software failure is systematic. Software does not have an increasing failure rate.
Reliability:
Hardware stays at steady reliability level in useful life.
Software needs constant testing after upgrades.

RANDOM ACCESS MEMORY (MIS)

 

Random-access memory (RAM) is a form of computer data storage. Today, it takes the form of integrated circuits that allow stored data to be accessed in any order with a worst case performance of constant time. Strictly speaking, modern types of DRAM are therefore not random access, as data is read in bursts, although the name DRAM / RAM has stuck. However, many types of SRAM, ROM, OTP, and NOR flash are still random access even in a strict sense. RAM is often associated with volatile types of memory (such as DRAM memory modules), where its stored information is lost if the power is removed. Many other types of non-volatile memory are RAM as well, including most types of ROM and a type of flash memory called NOR-Flash. The first RAM modules to come into the market were created in 1951 and were sold until the late 1960s and early 1970s.

TYPE OF RAM

The two main forms of modern RAM are static RAM (SRAM) and dynamic RAM (DRAM). In static RAM, a bit of data is stored using the state of a flip-flop. This form of RAM is more expensive to produce, but is generally faster and requires less power than DRAM and, in modern computers, is often used as cache memory for the CPU. DRAM stores a bit of data using a transistor and capacitor pair, which together comprise a memory cell. The capacitor holds a high or low charge (1 or 0, respectively), and the transistor acts as a switch that lets the control circuitry on the chip read the capacitor's state of charge or change it. As this form of memory is less expensive to produce than static RAM, it is the predominant form of computer memory used in modern computers.
 Both static and dynamic RAM are considered volatile, as their state is lost or reset when power is removed from the system. By contrast, Read-only memory (ROM) stores data by permanently enabling or disabling selected transistors, such that the memory cannot be altered. Writeable variants of ROM (such as EEPROM and flash memory) share properties of both ROM and RAM, enabling data to persist without power and to be updated without requiring special equipment. These persistent forms of semiconductor ROM include USB flash drives, memory cards for cameras and portable devices, etc. As of 2007, NAND flash has begun to replace older forms of persistent storage, such as magnetic disks and tapes, while NOR flash is being used in place of ROM in netbooks and rugged computers, since it is capable of true random access, allowing direct code execution.